Tuesday, 7 February 2012

yaALLAH....SUBHANAALLAH

Dalam melangkah terkadang di uji dengan sesuatu yang amat menyakitkan"

Teruskan melangkah walau pun ianya hampir rebah ~
Teruskan melangkah walau beribu batu cuba menghalang keinginanmu ~
Teruskan melangkah walau beribu batu cuba menjatuhkan kamu ~
Teruskan melangkah walau pun langkahmu hampir tersungkur ~
Teruskan melangkah walau tidak mampu menahan air matamu ~
Teruskan melangkah walau pun peritnya lukamu ~
Teruskan melangkah walau berdarahnya kakimu ~

Teruskan melangkah dan jangan engkau putus asa tidaklah Allah menguji kamu dengan ssuatu yang amat menyakitkan melainkan dia menggantikan yang lebih baik~
sesulit ,seperit ,sesakit mana hari-hari yang kamu jalani percayalah pasti ada hikmah yg tersembunyi.
yaALLAH...tabah kn hati aku dalam aku menjalani kehidupan aku..kuat kan imanku yaALLAH..
walau kehidupan aku tdk seindah yg aku mimpi.... tabah kan la hati aku yaALLAH...

Thursday, 2 February 2012

nAk TiDo................. ToK neRoooo :)

soriii 2 say 4 my heart.... i can't sleep:- 
~nk coret2 la ckit sebelum tido..hehehe

UNTUK BAKAL TEMAN HIDUPKU..

Untuk bakal teman hidupku,
bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,Sayangilah aku,Dan...ikhlaslah menerimaku.
ku menyayangimu selamanyaa.......

Saturday, 28 January 2012

Sesuatu yg xdisngka..seringkli mndtgi kita..
itukah suratan dlm khidupan..atau sekadar 1kbtulan..
kita asyik mmbicarakn..persoalan HIDUP dan PILIHAN..
serta KEJUJURAN smkin berkurang..msih tiada bertemu JAWAPAN..
walau kita dhadapkn..dgn berbgai PILIHAN..
mngapa sering trjd PILIHAN tak mnepati..hingga amat mnakutkan..
mnghdapi MASA DEPAN..seolah tlh thapus sbuah khidupan yg KUDUS..
PERTEMUAN skli ini..bg diriku amat beerti..
tetapi kubimbang..utk mnyatakan..
bimbang kn berulang..KESILAPAN

Tuesday, 24 January 2012

ku petik kalam bicara ini dari salah seorang sahabat ku (sonata violet)....

Benarlah kata-kata; "cinta tidak semestinya bersatu".. kita tidak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai. Tapi, kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk bersama kita di Luh Mahfuz.. kerana Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.. justeru, janganlah bazirkan perasaan cinta tu kepada mereka yang tidak sepatutnya menerima cinta.. tak perlu lah nak beri cinta itu kepada sesiapa yang belum tentu jodoh kita, walaupun sekadar biasan cinta..
=> sungguh terkesan di sanubari ku... :) 

Saturday, 14 January 2012

yaALLAH.................

Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah..

Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU.